Video Cybersecurity: Privasi Di Media Sosial
17 September 2026 | Aktiviti TerkiniPada 17 September 2026, seorang peserta telah menonton Video Cybersecurity yang bertajuk Privasi Di Media Sosial. Video ini telah dikongsikan bagi memberikan kesedaran kepada pengguna mengenai kepentingan menjaga privasi dan keselamatan ketika menggunakan platform media sosial. Perkongsian memberi fokus kepada risiko berkongsi terlalu banyak maklumat peribadi, tetapan privasi akaun serta langkah berjaga-jaga ketika berinteraksi dan berkongsi kandungan dalam talian.
Melalui video ini, pengguna dapat memahami kepentingan mengawal maklumat yang dikongsikan serta lebih peka terhadap ancaman seperti penipuan, penyalahgunaan identiti dan akses tanpa kebenaran. Program ini diharapkan dapat membantu membentuk pengguna media sosial yang lebih bijak, berhemah dan bertanggungjawab dalam melindungi privasi diri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: